Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Bin Sunar
Prof Madya Dr Mohd Shahrizal B Sunar adalah pensyarah dan pembimbing bagi subjek Teknologi Maklumat. Pembelajaran kali ini menerangkan kepada peserta tentang kemahiran teknologi yang banyak membantu dalam tugasan harian.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
kepentingan teknologi maklumat
Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia.semua perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan kita sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh semua. Malah seseorang boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer.
Kepentingan Google Drive kepada Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains
Fungsi-fungsi di Google Drive akan memudahkan fungsi kami kini atau sebagai Penolong Pegawai Sains akan datang adalah:
1) Untuk mendapatkan jawapan
Search - Mendapat jawapan segera kepada persoalan samada melalui web atau telefon.
Maps - Dapat menentukan navigasi GPS, makluman trafik, arah laluan trafik dan banyak lagi.
Translate - Menterjemahkan lebih daripada 100 bahasa.
Chrome - Penyemak imbas yang lebih cepat, mudah, dan selamat untuk web moden.
2) Membuat perancangan
Photos - Dapat menyimpan foto dengan lebih teratur dan mudah untuk proses pencarian.
Contacts - Menyimpan alamat dan nombor keluarga dan rakan
Calendar - Mengatur jadual dan berkongsi dengan orang lain.
Keep - Menyimpan idea sebagai nota, senarai dan memo suara di mana-mana sahaja
3) Melaksanakan kerja lebih bijak
Docs - Menyunting dan berkongsi semua dokumen dimana sahaja.
Sheets - Memasukkan data dan mengira dengan hamparan anda boleh mengedit di mana-mana sahaja.
Slides - Memaparkan atau mengemaskini persembahan dimana-mana.
Drive - Menyimpan secara selamat semua fail.
Lawatan ke MaGicx
Lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai dunia maya yang banyak digunakan pada masa kini. Samada digunakan dalam bidang pendidikan, perubatan, minyak & gas, sejarah, pertanian dan lain-lain.



