top of page

VIRTUAL REALITY (VR)

  • Norazman Bin Hamzah
  • Sep 14, 2017
  • 3 min read

TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR)

Realiti maya atau Virtual reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya dikhaskan kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem tercanggih dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh.

Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti papan kekunci dan tetikus, atau melalui peranti direka khas seperti sarung tangan berwayar dan mesin jalan (treadmill) pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar, sebagai contoh, simulasi bagi juruterbang atau latihan tempur, atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR. Sebenarnya, amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya sebenar, kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, resolusi imej dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi menjadi semakin maju dan murah.

LATAR BELAKANG / SEJARAH VR

Realiti maya pada asalnya membawa erti sistem lengkap sepenuhnya, walaupun ia kemudiannya telah digunakan bagi menggambarkan sistem tanpa sarung tangan berwayar atau sut sentuh, contohnya seperti VRML dan X3D pada World Wide Web dan kadang-kala juga bagi sistem interaksi berasaskan teks seperti MOO atau MUD. Sistem realiti maya bukan penuh menggunakan skrin komputer biasa, dan pengguna mengawal persekitaran maya menggunakan tetikus atau peranti input lain.

Istilah realiti maya (Virtual Reality) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada "Virtual Programming Languages") yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984.

Sistem hipermedia dan realiti maya pertama merupakan Aspen Movie Map, yang dihasilkan di MIT pada tahun 1977. Program tersebut merupakan simulasi maya kasar Aspen, Colorado di mana pengguna berjalan di jalan dalam tiga mod: musim panas, sejuk, dan poligon. Dua yang pertama berasaskan gambar – penyelidik telah mengambil gambar sebenar setiap pergerakan yang mungkin melalui grid jalan bandar dalam kedua musim – dan yang ketiga merupakan asas model 3-D bandar tersebut.

KEBAIKAN SISTEM TEKNOLOGI MAYA

Terdapat banyak jenis sistem realiti maya diluar sana tetapi semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti kebolehan membenarkan pengguna untuk melihat objek 3 dimensi dan berinteraksi dengannya.

Pada masa yang sama, VR akan berubah mengikut sudut pandangan anda. Sesetengah objek akan bergerak dan respond kepada pergerakan mata dan kepala anda.

Selain itu, alam maya ini seharusnya memberikan tindak balas serta merta, sebaik sahaja pengguna berinteraksi dengan sekitar mereka. Masalah akan berlaku sekiranya tindak balas tidak serentak dengan pergerakan pengguna, ia akan mengganggu pengalaman pengguna tersebut.

KESAN SOSIAL TEKNOLOGI

Minat terhadap (VR) kemungkinan kesan sosial teknologi baru seperti realiti maya telah bertambah (dapat dilihat dari sastera utopia, dalam sains sosial dan budaya popular). Mungkin yang paling ketara Mychilo Stephenson Cline dalam bukunya, Power, Madness, and Immortality: The Future of Virtual Reality memperdebatkan bahawa realiti maya akan menyebabkan beberapa perubahan penting dalam kehidupan dan aktiviti manusia.

contoh:

  • Realiti maya akan disepadukan dalam kehidupan dan aktiviti seharian dan digunakan dalam cara penuh kemanusiaan.

  • Pelbagai teknik akan dimajukan untuk mempengaruhi tingkah laku, komunikasi antara manusia dan komputer.

  • Apabila kita meluangkan makin banyak masa dalam ruang maya, akan berlaku perlahan-lahan, menyebabkan perubahan penting dalam ekonomi, pandangan dunia dan budaya.

Cadangan di tempat kerja

Penggunaan VR ditempat kerja amat sesuai terutama di makmal biologi dimana ia sangat membantu sekiranya hendak membuat sesuatu eksperimen seperti pembedahan tikus, tidaklah perlu untuk menyediakan tikus yang sebenar dimana akan mengakibatkan kematian binatang, pengunaan alat pembedahan seperti pisau,gunting serta alatan tajam lain tidak perlu digunakan yg akan menyebabkan kecederaan kepada staf mahupun pelajar.

Kesimpulan

Realiti maya adalah salah satu usaha untuk mendatangkan alam maya kepada pengguna dimana mereka boleh berinteraksi secara spontan dengan objek maya tersebut.

 
 
 

Comments


Address

upnm, sg besi

Contact

Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

0124672260

©2017 by Norazman Bin Hamzah. Proudly created with Wix.com

bottom of page